PUCHONG, 2/4/2014 - Sukarelawan YBK melawat Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas yang terletak di Batu 18, Kampung Pulau Meranti, Puchong. Rumah kebajikan ini adalah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan diselia secara terus oleh Puan Muji bt. Hj Sulaiman dengan dibantu oleh 13 orang pekerja. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri kehidupan para penghuni di samping mengenalpasti bentuk bantuan dan aktiviti yang sesuai dilaksanakan oleh Sukarelawan YBK.

Puan Muji merupakan bekas Jururawat terlatih tidak menghadapi sebarang masakah merawat penghuni di sini yang juga mendapat sokongan setiap minggu doktor dari klinik kerajaan Dengkil. Sesi diskusi dengan Puan Muji diakhiri alu-aluan untuk YBK melaksanakan program di samping sumbangan kewangan YBK untuk pengurusan. Sukarelawan YBK bersetuju dan akan merancang satu program berbentuk kaunseling di samping bantuan barangan kepada para penghuni rumah ini.
SUMBER BERITA :
http://ybk.org.my/index.php/2014-01-24-23-01-37/kenali-kami/berita-terkini/870-sukarelawan-ziarah-rumah-jagaan-orang-tua-al-ikhlas-02-04-2014